Peranan manusia

By ilmuislam2u

   Al-Quranulkarim menegaskan peranan manusia itu kepada tiga perkara penting iaitu:

A. Ibadat

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Aku.Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan,sesungguhnya Allah Dialah Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeqi,yang mempunyai Kekuatan Lagi Kukuh”   (Surah Az-Zariyat: 56-58)

B. Amanah

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit,bukit-bukau dan gunung-ganang,maka semuanya enggan untuk memikulnya dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan memikullah amanah itu oleh manusia,sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil.Sehingga Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan perempuan,dan orang-orang musyrikin lelaki dan perempuan,dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan adalah Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang”   (Surah Al-Ahzab:72-73)

C. Khalifah

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menciptakan kamu khalifah-khalifah (penguasa-penguasa) di muka bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian lain beberapa darjat untuk menguji kamu tentang apa yang diberikan kepada kamu.Sesungguhnya Tuhan kamu amat cepat seksaannya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”  (Surah Al-An’am:165)

   Kewajipan tersebut telah disimpulkan oleh ulama’ dengan kata mereka yang bermaksud:

“Menegakkan agama dan mentadvirkan dunia dengannya,yakni dengan agama.Maka Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana tidaklah membiarkan manusia begitu sahaja,lalu diutuskan para rasul a.s dikalangan umat dan zamannya yang bersifat dengan sifat-sifat manusia paling baik dan paling mulia disamping mentarbiah dan memelihara mereka secara langsung dari Allah SWT dan diwahyukan dengan ajaran yang sempurna dan lengkap untuk keperluan manusia di zaman masing-masing.Diantara mereka ialah Nabi akhir zaman,Saidina Muhammad SAW”

   Diantara keperluan hidup manusia dan fitrah mereka ialah hidup bermesyarakat dan menggunakan bahan-bahan kurnia Allah di muka bumi ini disamping mereka dipertanggungjawabkan selepas mati,maka sudah tentu diantara keperluan hidup mereka ialah mentadbir sesama mereka dan benda-benda keperluan mereka.Oleh itu Allah tidaklah membiarkan mereka walaupun mereka mempunyai akal fikiran,tetap mempunyai kelemahan-kelemahan,lalu mereka dipandukan dengan petunjuk Allah dalam banyak hal.

   Oleh itu,maka perkara pemerintahan dan politik yang menjadi keperluan manusia itu menjadi sebahagian daripada ajaran Allah yang bernama Islam itu dan menjadi satu juzuk yang tidak boleh dipisahkan daripadanya,sehinggalah fahaman ini menjadi ditanam dengan teguhnya ke dalam diri umat Islam,kerana ianya sabit secara nyata di dalam nas-nas Al-Quranul Karim,sunnah Rasulullah saw secara qauli dan amali dan disambung oleh para sahabat r.a.h dan ditegaskan oleh para ulama’ yang muktabar secara lisan dan tulisan,seterusnya dianggap pandangan dan pendapat yang memisahkan agama dengan politik dan pemerintah adalah asing daripada Islam dan penyelewengan.Kerana bukan sahaja dari segi kenyataan nas tetapi menjadi sebahagian daripada keperluan melaksanakan syariah Islam dan menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.

  

Leave a Reply