Nas Al-Quran

By ilmuislam2u

i. Al-Quran

Diantara firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:Sesungguhnya Aku akan jadikan di atas muka bumi seorang khalifah” (Al-Baqarah: 30)

   Berhubung dengan ayat ini al-Imam Qurtubi menjelaskan di dalam tafsirnya,ayat ini menjadi dasar pada melantik imam (ketua negara)  dan khalifah yang didengan lagi ditaati supaya umat bersatu padu dan melaksanakan dengannya akan hukum-hukum berkaitan dengan khalifah,tiada khalifah dari segi wajibnya perkara itu dikalangan umat Islam dan imam-imam para ulama’ melainkan riwayat dari al-Aysam seorang pemimpin muktazilah yang sesat dari kebenaran.

   Firman Allah Taala yang menunjukkan wajibnya taat kepada ulil amri (pemimpin yang mengendalikan urusan mereka).Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman!Taatlah kamu akan Allah,taatlah kamu akan Rasul dan taatlah kamu akan ulil amri (pemimpin yang mengendalikan urusan) dikalangan kamu”  (An-Nisa’: 59)

   Al-Imam Mawardi r.a menegaskan Allah mewajibkan ke atas kita taat kepada ulil amri dikalangan kita mereka itu ialah pemimpin-pemimpin yang memerintah kita.Ayat-ayat yang memerintah Rasulullahsaw supaya mengendalikan urusan dengan hukum Allah,diantaranya firman Allah yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara dikalangan mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka,dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu”   (Al-Maidah: 49)

   Bahkan banyak hukum-hukum yang disebut di dalam Al-Quranul Karim yang meletakkan pelaksanaannya kepada negara Islam atau pemerintahnya,seperti hukum-hukum hudud,jihad dan lain-lain.

ii. Sunnah dan Sirah Rasulullah saw.

Diantaranya ialah sabdaRasulullah saw yang bermaksud:

“Tidaklah halal bagi tiga orang yang berada di padang belantara melainkan mereka mestilah melantik salah seorang daripadanya menjadi ketua”

   Perjanjian yang dimeteraikan ketika berada di Madinah antara lain menegaskan:

“Ini ialah suatu perjanjian diantara Muhammad saw,diantar orang-orang mukmin dan muslimin daripada Quraisy dan Tathrib dan sesiapa yang bergabung dengan mereka dan mempunyai perjanjian dengan mereka sesungguhnya mereka adalah satu tanpa manusia-manusia yang lain”

   Menegakkan negara Islam menjadi sunnah amaliah (praktikal) yang dilakukan oleh Rasulullah saw apabila berhijrah ke Madinah,dan menolak tawaran memimpin negara secara jahiliah ketika berada di Mekah.Menunjukkan bahawa menegakkan negara itu adalah suatu perkara agama yang sangat besar dan negara yang ditetapkan itu mestilah tang memenuhi sifat-sifat dan syarat-syaratnya.

iii. Ijmak

   Umat Islam yang ulung,khususnya para sahabat r.a.h yang terdiri dari kalangan orang paling tahu syariat Islam bersepakat menegakkan negara Islam selepas wafatnya Rasulullah saw,di mana para sahabat yang besar dikalangan Muhajirin dan Ansor terus mengadakan mesyuarat di Saqifah Bani Saadah untuk memilih pengganti Rasulullah saw,bahkan sebahagian besar  daripada mereka tidak hadir ketika dikebumukan jasad yang sangat mulia itu kerana menyertai perbincangan memilih khalifah menunjukkan betapa pentingnya perkara ini,tidak adapun dikalangan mereka yang menyatakannya tidak wajib,sunat atau harus.Bahkan selepas melantik Abu Bakar mereka mewajibkan bai’ah kepadanya,berdasarkan kepada sabda baginda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Sesiapa yang mati,lalu tidak ada pada batang lehernya bai’ah kesetiaan maka matilah ia dalam keadaan mati jahil”

Leave a Reply