Hukum Allah Dihina Ulama’

By ilmuislam2u

   Kita sudah tidak dapat menutup mata lagi dengan kadar peningkatan jenayah yang berlaku sekarang.Manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya dan sistem yang ada terus gagal membendung segala masalah.Jenayah terhadap harta terjadi di mana-mana,dari wang yang disimpan di bank-bank,sehingga kepada motosikal yang diletak di kaki lima.Anggapan bahawa orang yang tak berpelajaran sahaja yang melakukan jenayah sudah tiada lagi kebenarannya.Golongan profesional juga nampaknya tidak mahu beralah di dalam perbuatan laknat ini.Kes pagar makan padi sudah menjadi kebiasaan.Mereka yang diamanahkan untk menjaga harta/wang orang lain sudah tidak segan silu lagi untuk menggelapkannya.Sejak 1995 hingga sekarang,polis menerima 249 aduan mengenai kegiatan pecah amanah membabitkan peguam dan 32 daripadanya berjaya diselesaikan.Tuntutan tertinggi ialah RM20 juta pada 2004 dengan 120 aduan diterima pada tahun yang sama dan 29 orang peguam digantung,manakala 51 orang dibuang dan terkini,25 orang lagi dikehendaki untuk membantu 217 kes pecah amanah.[UM29/01/07].

   Kita tidak lagi dapat menafikan hakikat bahawa segala keburukan dan kezaliman sedang membelit kita.Selain kecurian dan pecah amanah,pembunuhan,rogol,rompakan,samun,ragut dan sebagainya sudah menjadi sajian utama berita-berita.Apa yang kita saksikan ini merupakan manifestasi yang jelas dari kegagalan dan kerosakan sistem sekular yang ada sekarang walaupun dibaluti oleh Islam Hadhari.Dengan segala keburukan yang ada,kita lalu mengharapkan golongan cendekiawan Islam khususnya golongan alim ulama’ untuk membawa kita keluar dari kegelapan jahiliyah ini menuju cahaya Ilahi.Ke mana lagi kita akan bergantung harapan jika tidak dengan Islam?Pemerintah kaum muslimin pun tahu hakikat ini,tetapi malangnya hawa nafsu mempengaruhi mereka.Mereka lalu menjadikan golongan yang mereka gelar dan iktiraf sebagai ulama’ bagi mengabui mata umat Islam.Para ulama’ ini pula,kerana dilantik oleh pemerintah,maka mereka pun tidak akan bercakap kecuali demi kepentingan pemerintah dan mereka tidak akan berkhidmat kecuali semata-mata kepada tuan mereka,bukannya kepada Tuhan mereka.Justeru,tenggelamlah mereka dan umat ke dalam kesesatan.Na’uzubillah min zalik.

Penguasa dan Ulama’ Menghina hukum Allah

Walaupun kita amat marah jika orang kafir menghina hukum Allah,tetapi ini adalah sifat semulajadi mereka sebagai musuh Allah.Tetapi jika orang yang diberi pengiktirafan sebagai ulama’ menghina hukum Allah,maka hal ini sudah tentu akan membuakkan lagi perasaan marah semua orang,kecuali para pengikut setia sekular yang sememangnya benci kepada hukum Allah.Sebagai seorang yang beriman,kita tidak boleh sekali-kali berdiam diri,walaupun sedikit sahaja hukum Allah itu dipermainkan oleh sesiapa sahaja.Wahai para pembaca yang ikhlas!Perhatikanlah akan hal ini dan perhatikanlah apa yang diucapkan oleh seorang tokoh agama ini:-

“Orang itu mencuri,adakah kerja kita nak buat hudud potong tangan dia saja.Takpelah!dia mencuri tangan kanan,potong tangan kanan,dok esok dia mencuri lagi,potong tangan kiri,lepas tu dia mencuri lagi,nak potong apa pun tak tau,potong kaki pulak,lepas tu mencuri lagi,curi dengan mulutlah dah tangan takde!Adakah kita nak laksanakan hukum potong tangan tu ke ataupun kita nak bawa dia,bagi kerja kat dia?Kita bagi kat dia ruang bagaimana untuk berniaga,bila dia sudah ada ruang kebaikan,maka dia tak mencurilah,macam tulah…[Datuk Dr. Mashitah Ibrahim,Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri( http://www.youtube.com/watch?v=SmGoTTY4TB2g)].Kata-kata ini cukup jelas menggambarkan bagaiman Dr. Mashitah telah menghina hukum Allah dengan mempersoalkan hukum potong tangan bagi pencuri (sariqah) secara terang-terangan.Versi Islam apakah yang hendak diperjuangkan oleh ahli parlimen kawasan P16 Baling ini? 

Sebenarnya petikan kata-kata Dr Mashitah yang mempertikaikan dengan jelas hukum yang qat’ie ini hanyalah satu dari lontaran dan tuduhan negatif ke atas hukum Islam khususnya hudud.Antara kata-kata sinis seperti ini pernah dikeluarkan oleh mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan: “Apabila hukum rejam dengan batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri,nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”.Tidak sekadar itu sahaja,malah kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan hukuman hudud turut dilemparkan kata-kata seperti: “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru-hara,ketidakstabilan politik,perpecahan dikalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan,pertentangan dan ketidakstabikan politik.Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud,bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu”. (Dato Seri Najib Tun Razak,20 April 1992)

Dahulu media Barat pernah menuduh hukum Islam sebagai ‘barbaric’ apabila seorang wanita di Nigeria dikenakan hukuman rejam sampai mati di atas kesalahan zina.Seperti yang telah dinyatakan,jika yang menghina Islam itu adalah Barat,ini bukanlah sesuatu yang pelik,tetapi yanh menghina itu adalah dari kalangan umat Islam sendiri,maka ini merupakan bukti betapa pemikiran kufur Barat telah mendominasi pemikiran umat Islam.Diantara pemikiran Barat yang didewas-dewakan oleh sebahagian dari kaum Muslimin sehingga membinasakan mereka sendiri adalah:-

(i) Kebebasan Bersuara: Kebebasan bersuara(freedom of speech) yang terbit dari idea Hak Asasi Manusia(HAM) adalah dari intipati ajaran sekular-demokrasi.Idea yang dipelopori oleh ahli falsafah tersohor Perancis pada abad ke 18 iaitu Voltaire ini bukan sahaja dianuti oleh orang kafir,malah umat Islam sendiri turut mengagungkannya sehingga meyakini seseorang muslim itu bebas berkata apa sahaja walaupun perkara yang diperkatakan itu jelas-kelas bertentangan dengan Islam.Mereka bersuara atas dasar adanya kebebasan ini,bukannya bersuara atas dasar mematuhi perintah dan larangan Allah dan untuk mendapat redhaNya.

(ii) Menjadikan realiti sebagai piawai: Sebahagian umat Islam meletakkan realiti (waqi’) sebagai tolok-ukur atau piawaian (miqyas) dalam menentukan samada sesuatu hukum itu boleh dilaksanakan atau tidak.Contoh paling ketara adalah isu poligami.Kewujudan individu yang terkibat dakam salah laku rumahtangga seperti pengabaian tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak telah dijadikan penyebab ‘hukum’ ini mesti dihapuskan,sebagkan salahlaku seumpama ini tetap terjadi dikalangan mereka yang mengamalkan monogami.Mereka turut meyakini bahawa hukum berubah mengikut zaman,justeru tiu ia wajar dipinda sesuai dengan keperluan semasa.Mereka ini jahil bahawa yang berubah adalah realiti,bukannta hukum,dan realitilah yang perlu mengikut hukum,bukan sebaliknya.

(iii) Akal diletakkan di atas(lebih tinggi dari)hukum syarak: Kita mendapati tidak sedikit dari kalangan umat Islam sendiri yang meletakkan akal di atas hukum syarak.Mereka menggunakan logik akal  untuk tidak menerapkan hukum Allah.Contohnya ucapan Tun Dr Mahathir pada 2 Mei di Papar Sabah, “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki.Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup.Hukum hudud tidak sesuai dilakukan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”.Di sini akal mengatakan bahawa kewujudan masyarakat majmuk adalah penghalang kepada perlaksanaan hukum hudud,sedangkan sewaktu Junjungan Besar Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mendirikan Negara Islam pertama di Madinah dan seterusnya di dalam Daulah Islam yang gah berdiri lebih dari 1300 tahun,hukuman hudud tetap berjalan sungguhpun Daulah Islam didiami oleh masyarakat majmuk.Tidak pula mereka menggunakan akal untuk memahami hal ini!

(iv) Meletakkan Islam sebagai masalah bukan penyelesaian: Gejala negatif dan salah laku membabitkan individu tertentu dan kelompok masyarakat dari kalangan Islam seringkali menjadikan umat Islam terkeliru.Islam diukur dari kacamata ‘penganut/pengamalnya’,bukan dari ‘agama Islam‘ itu sendiri.Contohnya,apabila pengamal poligami gagal memenuhi tuntutan dan tanggungjawab,bukan ‘pesalah’ dihukum sebaliknya ‘hukum poligami’ yang dipersalahkan.Poligami dianggap sebagai satu masalah dan penyumbang kepada penderitaan yang dialami oleh kaum hawa.Walhal setiap hukum Islam itu adalah penyelesai kepada setiap masalah.Jadi,sebagai salah satu daripada hukum Islam,poligami juga sebenarnya adalah penyelesai atau jalan keluar kepada masalah.dari sudut inilah sepatutnya hukum Islam itu dipandang,bukannya dari kaca mata Barat yang sememangnya sentiasa mencari jalan menyerang pemikiran umat Islam.Contoh lain,mereka yang memandang hukum Islam sebagai masalah adalah seperti ungkapan “Kalau hukum potong tangan dilaksanakan maka macam  mana  mereka hendak bekerja untuk menyara keluarga mereka nanti?kan lebih baik mereka diberi kerja dari potong tangan mereka?”

Hukum pencurian(sariqah) dalam Islam

Hukum mencuri dalam Islam adalah termasuk di dalam hukum yang ma’lum minaddin bi dharurah.Hukuman  bagi pencuri adalah dipotong tangan kanannya,iaitu sampai batas pergelangan tangan kanannya.Dalilnya dalah firman Allah, “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri,potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakandan sebagai seksaan dari Allah.Dan Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.” [TMQ Al-Maidah (5):38].Curi yang ditakrifkan dalam ayat di atas secara perundangan Islam adalah pengambilan harta secara sembunyi dari pemiliknya atau wakilnya,dengan syarat mencukupi nisab potong tangan,dan mengeluarkan dari tempat penjagaan atau seumpamanya,dan tiada unsur syubahat terhadap harta tersebut.[Nizham Al-Uqbat,Abd Rahman Maaliki,hal. 60].Hukum potong tangan tidak akan dijatuhkan kecuali memenuhi 7 syarat utama:

Pertama:Menepati definisi mencuri:makna mencuri di sini adalah mengambil harta secara sembunyi-sembinyi dan sorok-sorok.Tidak dikatakan mencuri jika merompak,menggelap wang(pecah amanah),merampas dan meragut.Oleh itu peguam yang menggelapkan wang kliennya tidak termasuk dalam jenayah pencurian yang kena potong tangan.Walaupun mereka ini tidak dikenakan hukuman potong tangan,namun mereka akan dikenakan hukuman takzir,yang mungkin lebih berat dari potong tangan.Kesalahan ini tidak dikategorikan sebagai curi kerana ada hadis dari Jabir bahwa Rasulullah SAW bwesabda “Tidak dipotong tangan orang yang pecah amanah,orang yang menipu dan perampas[HR Abu Daud]

Kedua:Barang yang dicuri mencukupi nisab:Cukup nisab adalah syarat minima nilai harta yang dicuri.Jumhur ulama’ diantaranya Al-Malikiyah,Asy-Syafiah dan Al-Hanabilah sepakat bahawa nisab pencurian itu adalah seperempat dinar atau 3 dirham.Satu dinar adalah setara dengan 4.25 gram emas(24 karat).Dalilnya adalah sabda Rasulullah SAW,dari Ai’syah ra.”Tangan pencuri dipotong untuk seperempat dinar atau lebih.” [HR Bukhari & Muslim].Dari hadis ini dapat dibuat kesimpulan bahawa perkiraan nisabnya adalah 1/4 x 4.25 gram=1.0625 gram.Mengikut kiraan harga semasa emas adalah RM86/g.Jadi ,1.0625g x RM86=RM91.38.Sekiranya seorang itu mencuri barangan berharga RM90.50,maka tangannya tidak dipotong kerana belum cukup nisab lagi,tetapi dia akan tetap akan dikenakan hukum takzir.

Ketiga:Harta yang dicuri adalah harta yang layak dimiliki:Layak(ihtiram) adalah disisi hukum syara’.Jika seseorang Muslim menyimpan khamar atau khinzir dirumahnya kemudian dicuri,hal ini tidak akan menyebabkan pencuri dipotong tangan kerana harta tersebut bukanlah satu pemilikan yang layak untuk orang Islam.Sebaliknya jika dia mencuri harta tersebut dari orang kafir,maka pencuri akan dikenakan hukuman potong tangan.

Leave a Reply