Bahaya Murtad

By ilmuislam2u

   Murtad ialah memutuskan atau menolak Islam samada dengan melakukan perbuatan yang membawa kepada kekufuran atau menuturkan perkataan yang mengkafirkan atau beri’tiqad dengan i’tiqad yang mengkafirkan.Tiga kelakuan ini samada dilakukan dengan sengaja atau bersenda-senda atau dengan bantahan atau penolakan.Bila sifat-sifat ini berada atau dilakukan oleh seseorang Islam maka orang ini telah menjadi riddah atau murtad.Walli’yazubillah.

   Murtad adalah satu penyakit yang amat berbahaya kepada umat Islam kerana ia seperti barah atau kanser kepada manusia.Yang perlu diberi rawatan rapi dan penjagaan yang teratur lagi berkesan.Jika tidak ia bukan sahaja boleh mencemarkan kesucian dan keagungan agama Islam,malah lebih dari itu ianya akan meruntuhkan seluruh umat Islam itu sendiri.

   Murtad juga amat besar bahayanya terhadap Islam.ia bukanlah masalah peribadi.Bukan juga masalah keluarga malah menjadi masalah masyarakat Negara Islam sejagat.Allah SWT telah memberi amaran keras terhadap orang-orang yang murtad dan masyarakat yang tidak cuba membenterasnya.Firman Allah dalam Surah Al-Maidah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman!Sesiapa diantara kamu yang berpaling tadah dari agamanya(murtad),maka Allah akan mendatangkan suatau kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia.Mereka pula bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang kafir.Mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah.Dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.Kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya lagi meliputi pengetahuan”.

Leave a Reply